Assalamualaikum..
Musim hujan lebat petang-petang sekarang ni, memang aku aplikasikan peribahasa ' Sediakan Payung Sebelum Hujan'. Semalam aku balik kerje, hujan baru mula, selebat-lebat nye...angin pun kuat, walaupun rumah aku hanya 10min jalan kaki, tapi kalau hujan lebat memang lenjun la...hati-hati la ek, untuk sape-sape yang drive dalam hujan petang2 ni, aku doakan korang selamat...
Emm..payung ada pun tak mampu menghalang badan kena tempias hujan lebat. Lenjun.
Sepanjang pejalanan pulang aku lalu di hadapan kedai haiwan, ye, kat kawasan ni banyak kedai haiwan..kedai-kedai ni kasi makanan free kat depan kedai deorang untuk haiwan-haiwan yang berkeliaran...erkk..okey, aku pun tak kisah la...
Tapi semalam hujan, bila aku lalu depan kedai tu ada dua ekor anjing (tentunya basah dek hujan lebat)...
Dalam kepala aku...'oh no...habis la aku...nak lalu macam mane ni??? sekali die kibas2 air kat badan die, kang tak pasai2 aku kene cari tanah kang'
"Ya Allah, biar la aku jalan dulu, baru la anjing ni kibas2"
hehe..
Alhamdulillah, lepas je aku lalu sebelah dua ekor anjing ni, dua2 kibas2 air kat badan yang basah tu...erkk nasib baik la...kalau tak ade yang kene mandi air mutlak 7 kali dengan sekali air tanah hahaha...
Pagi ni aku bukak kedai pun nampak lagi anjing dua ekor depan kedai aku...erkk nasib baik ade payung pink haha..aku halau anjing2 ni..hehe
untuk lebih ingat ...
PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH / MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE
Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.
Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut :
a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.
b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.
Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al- Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : “Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”. Erti qirot hanya Allah sahaja yang mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.
sumber dari: http://www.jais.gov.my/rnd/2010/mei/MaklumbalasTheStar.pdf
p/s: kat sini banyak anjing bekeliaran huhu...selalunye tempat tinggal aku banyak kucing je...sekarang ni anjing susah la sikit...tu la salah satu function payung aku pegang tiap pagi..hoho
p/s: kat sini banyak anjing bekeliaran huhu...selalunye tempat tinggal aku banyak kucing je...sekarang ni anjing susah la sikit...tu la salah satu function payung aku pegang tiap pagi..hoho
No comments:
Post a Comment