Monday, August 13, 2012

Biskut Mazola dan Biskut CornFlake

Dua jenis biskut raye aku dah siap, satu hari satu jenis...hoho tapi aku buat semua yang senang2 je....kat umah aku punye fav je yang aku buat, kalau yang complicated sgt tu , malas nak buat haha  almaklum la, oven pun pakai oven gas...(oven letrik rosak huhu)



BISKUT MAZOLA
Bahan-bahan ( 2 balang kecil )
·  200gm tepung gandum
·  250gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus
·  100 gm gula halus
·  1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya
·  Kuning telur
Cara-cara
1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di sapu dgn mentega.
4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan. Bakar pada suhu 170 ke 180 darjah selama 20 minit atau sehingga permukaan biskut perang.

 
Lepas tu semalam aku buat bickut cornflake plak..hoho...




BISKUT CORNFLAKE MADU
Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini )
  • 250gm cornflakes
  • 125gm butter (1/2 buku)
  • 1/2 cawan gula perang
  • 6 sudu makan madu
  • Bijan, almond yang dah di bakar
Cara-cara
  • larutkan butter dan gula
  • masukkan larutan butter dan gula ke dlm bekas cornflake, tambah madu
  • gaul sampai rata dan tabur bijan dan almond
  • masukkan dlm acuan
  • bakar selama 10-15min jerr

okey la...selamat buat biskut raye...hehehe^^
credit to myresepi...


p/s: tahun ni bersemangat nak masak / buat sume benda sendiri...hoho belajar2x




No comments: