Pages

Sunday, February 24, 2013

(About me) Hadiah untuk Miera dan Senaskah Buku

Assalamualaikum..

Harap yang membaca semuanya sihat...bagi yang kurang sihat, syafakallah, syafakillah..makan ubat ye..hehe
Semalam aku keluar dengan kawan aku, Mijaa, Linda, Shasha dan Miera...tujuan keluar, nak kasi hadiah belated bufday miera yang ke 52 haha (15 Feb lalu)..Lokasi kat Midvelly, sebab dekat dengan rumah miera dan shasha...deorang kerja semalam...tapi aku paksa jugak datang lepas balik kerja...sebab nak kasi hadiah tu je..hehe

Sambil menunggu Miera dan shasha balik kerje, aku dengan mijaa lepak kat MPH...ramai orang! haha baru aku sedar, sekarang tengah musim baucar buku...seronok tengok mereka pilih buku, ambil je mane yang nak~ huhu aku masih memilih2 sambil tengok jugak harga..(maklum la, gaji tak masuk lagi)..jeles dengan adik2 yang ada baucar buku..hehe

Sebut pasal buku, sejak dua menjak ini, buku2 yang aku baca banyak yang berkisarkan motivasi cinta..owhhoo..sebelum ini aku lebih suka baca karya Abdul Latif Talib, buku tentang tokoh2 agama...hehe sekarang ni, bila aku masuk kedai buku dengan Mijaa, aku akan suruh die pilihkan buku untuk aku baca...hari tu Mijaa suruh aku baca buku "Kujemput Jodohku" oleh Fadhlan Al-Ikhwani...pada mulanya aku sangka buku ni, nak cerita skill2 nak ngorat..ehemm...hehe namun, bukan..buku ini memotivasikan hati yang lara...berkonsepkan La Tahzan kerana cinta..hehe.."buku ni sesuai untuk ko!" -Mijaa-..haha 
siape makan cili, terasa pedasnya..haha (monolog sendiri)

 photo DSC06370_zps97c6e2c4.jpg

Semalam Mijaa pilih buku Sebarkan CintaMu oleh Ustazah Fatimah Syarha untuk aku..tapi aku tak beli lagi..Inshaa Allah, ada duit lebih aku beli,.. sebab aku jumpa buku tentang cinta yang lain..buku yang penuh dengan ayat-ayat cinta dan motivasi merangkumi semuanya..buat peneman aku di office..hehe 
Ni dia....aku tak ada lagi yang bahasa melayu punya..hehe


 photo DSC07459_zps4d68620c.jpg


"Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat daripada al-Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu pada waktu kamu melakukanya. Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah, di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu, melainkan (semua tercatat) dalam Kitab yang nyata (Luh Mahfuz)." 
(Surah Yunus 10:61)




3 comments:

Mohd. Ramadan Bin Ab.Hamid said...

ahaa.. peningkatan umur salah satu faktor pemberian hadiah kan... hahahaha.. Lol!

Tantan^^ said...

Orang bagi hadiah sebab semakin tua...haha jadi kalau dpt hadiah byk tu..dah tua la tu...haha (^~^.)/

quja said...

aku br pasan...awat kite smbut besday mira ke 52??? hahahaa..
tue dh mira,,,