Monday, January 21, 2013

Tak Boleh Nafas..

Assalamualaikum...

 Hari tu aku tengok berita dengan keluarga aku, ada satu berita tu pasal juru tol selamatkan mak dan anak yang dalam kecemasan lepas dengar radio, kiranya dia bagi laluan kat teksi yang anak-beranak ni naik la...nasib baik cepat sampai hospital, sebab doktor kata kalau lambat, mungkin block budak ni punya penafasan. Umur budak tu 5tahun ...

Automatik aku kata, " Budak ni, dah besar nanti mesti genius..!" dan dengan automatiknya jugak ayah gelak, "hahaha~"

Ada kisah di sebaliknya...~

*FLASHBACK to 1995*

Budak-budak darjah satu SK Pusing kelihatan sedang belajar Matematik. Di bahagikan kepada beberapa kumpulan, aku tak ingat aku punya kumpulan ada berapa orang, setahu aku, kami diberi alat pengira, untuk belajar mengira (mungkin yang sezaman dengan aku tahu la kot hehe)

 photo alatkira2matematik_zps71079829.jpg


Haa, ni la manik-manik kira-kira budak-budak zaman dulu..warna-warni~ memang menarik perhatian..Ditakdirkan, aku dapat alat kira-kira yang dah rosak, maksud aku dah terkeluar besi die, jadi manik-manik ni boleh di keluarkan dari besi tu...hoho

Aku main manik-manik die, (cikgu tak perasan kot)..yang aku ingat, ada lubang kat manik tu, manik hijau~...



 photo manikhijau_zps663d7465.jpg

korang tau aku buat ape~

....................

 photo chibimewithayah_zps5c3fa61c.jpg

"Cikgu...Cikgu...! cikgu tengok anak cikgu ni..katanya tak boleh bernafas!" kata cikgu matematik aku.

"Ha! Kenapa ni along?" kata Cikgu Misran (ayah aku la~ haha)

"Huhuhu..ayong masyuk an anik tu~.."kata aku separa sengau..

"Manik?Kat mana manik?" tanya ayah.

"Alam idung...huhuhu ta oleh napas~"

"Haa~"

"Ya Allah, Cikgu, saya rasa, intan masukkan manik kira-kira dalam hidung dia la cikgu, cuba cikgu tengok, saya tanya tadi dia tak cakap pun.."

Ayah tengok idung aku...

 photo chibimecry_zps3ada2a66.jpg


Kereta Sani ayah dipecut laju ke Hospital Batu Gajah..

 photo chibimewithayahincar_zps8024e185.jpg


"Ayah, tutup eton ni, ayong ta leh napas la..nanti ayong pensan kang..huhu"

"Ish3...ye la2..hehe"

Sampai hospital , aku terus dibawa menghadap doktor, ape lagi...nangis aku lagi kuat la..haha (takut kena bedah haha)
Doktor keluarkan manik tu guna benda macam dawai je. Doktor kata, nasib baik manik ni ada lubang, mudah sikit keluarkan. Lepas keluarkan manik tu..

"Nah, ambil manik ni, simpan buat kenangan.." kata doktor.

"Tak nak!" (malu tengok manik tu doktor pegang haha)

 Ayah, doktor dan nurse gelak besar...huhu

 photo dockasimanik_zps2276365d.jpg


Perjalanan balik ke sekolah, ayah tanya aku...

"Kenapa along masukkan manik tu?"

"Along tengok manik tu ade lubang, idung kita kan ada lubang ayah..along nak cube la bernafas ikut lubang manik tu, tapi bila along nak keluarkan, dia masuk lagi dalam..lagi along korek, lagi dalam die masuk...huhu" (genius tak aku..kahkahkah)

"hehehe"

Balik tu habis topik manik ni tersebar kat tok opah semua~...haha

............

Hehehe..tu la cerita aku..nasib baik ayah cikgu kat sekolah aku..haha..
Budak yang dalam berita tadi tu, masukkan benda jugak haha (tak silap aku, klip kertas ke ape tah) haha


p/s: sampai sekarang, kalau aku nampak manik kira-kira ni, aku gelak haha



No comments: