Pages

Thursday, January 24, 2013

Rindu ( Puisi )


Lahirnya rindu meneman sunyi,
Hening pagi dirimu ku ingati,
Air mata luhur dari hati,
Apakah mungkin bertemu nanti;

Perjalanan ini penuh ujian,
Tinggallah risalah buat panduan,
Agar hidup ada tujuan, 
Buat kami di akhir zaman;

Walau dirimu telah pergi,
Namun setiap hati ditiup kerinduan,
Buat insan yang terpuji,
Selawat dan salam Rasul junjungan.

-9-


(kredit)



Salam Maulidur Rasul 1434

Monday, January 21, 2013

Tak Boleh Nafas..

Assalamualaikum...

 Hari tu aku tengok berita dengan keluarga aku, ada satu berita tu pasal juru tol selamatkan mak dan anak yang dalam kecemasan lepas dengar radio, kiranya dia bagi laluan kat teksi yang anak-beranak ni naik la...nasib baik cepat sampai hospital, sebab doktor kata kalau lambat, mungkin block budak ni punya penafasan. Umur budak tu 5tahun ...

Automatik aku kata, " Budak ni, dah besar nanti mesti genius..!" dan dengan automatiknya jugak ayah gelak, "hahaha~"

Ada kisah di sebaliknya...~

*FLASHBACK to 1995*

Budak-budak darjah satu SK Pusing kelihatan sedang belajar Matematik. Di bahagikan kepada beberapa kumpulan, aku tak ingat aku punya kumpulan ada berapa orang, setahu aku, kami diberi alat pengira, untuk belajar mengira (mungkin yang sezaman dengan aku tahu la kot hehe)

 photo alatkira2matematik_zps71079829.jpg


Haa, ni la manik-manik kira-kira budak-budak zaman dulu..warna-warni~ memang menarik perhatian..Ditakdirkan, aku dapat alat kira-kira yang dah rosak, maksud aku dah terkeluar besi die, jadi manik-manik ni boleh di keluarkan dari besi tu...hoho

Aku main manik-manik die, (cikgu tak perasan kot)..yang aku ingat, ada lubang kat manik tu, manik hijau~...



 photo manikhijau_zps663d7465.jpg

korang tau aku buat ape~

....................

 photo chibimewithayah_zps5c3fa61c.jpg

"Cikgu...Cikgu...! cikgu tengok anak cikgu ni..katanya tak boleh bernafas!" kata cikgu matematik aku.

"Ha! Kenapa ni along?" kata Cikgu Misran (ayah aku la~ haha)

"Huhuhu..ayong masyuk an anik tu~.."kata aku separa sengau..

"Manik?Kat mana manik?" tanya ayah.

"Alam idung...huhuhu ta oleh napas~"

"Haa~"

"Ya Allah, Cikgu, saya rasa, intan masukkan manik kira-kira dalam hidung dia la cikgu, cuba cikgu tengok, saya tanya tadi dia tak cakap pun.."

Ayah tengok idung aku...

 photo chibimecry_zps3ada2a66.jpg


Kereta Sani ayah dipecut laju ke Hospital Batu Gajah..

 photo chibimewithayahincar_zps8024e185.jpg


"Ayah, tutup eton ni, ayong ta leh napas la..nanti ayong pensan kang..huhu"

"Ish3...ye la2..hehe"

Sampai hospital , aku terus dibawa menghadap doktor, ape lagi...nangis aku lagi kuat la..haha (takut kena bedah haha)
Doktor keluarkan manik tu guna benda macam dawai je. Doktor kata, nasib baik manik ni ada lubang, mudah sikit keluarkan. Lepas keluarkan manik tu..

"Nah, ambil manik ni, simpan buat kenangan.." kata doktor.

"Tak nak!" (malu tengok manik tu doktor pegang haha)

 Ayah, doktor dan nurse gelak besar...huhu

 photo dockasimanik_zps2276365d.jpg


Perjalanan balik ke sekolah, ayah tanya aku...

"Kenapa along masukkan manik tu?"

"Along tengok manik tu ade lubang, idung kita kan ada lubang ayah..along nak cube la bernafas ikut lubang manik tu, tapi bila along nak keluarkan, dia masuk lagi dalam..lagi along korek, lagi dalam die masuk...huhu" (genius tak aku..kahkahkah)

"hehehe"

Balik tu habis topik manik ni tersebar kat tok opah semua~...haha

............

Hehehe..tu la cerita aku..nasib baik ayah cikgu kat sekolah aku..haha..
Budak yang dalam berita tadi tu, masukkan benda jugak haha (tak silap aku, klip kertas ke ape tah) haha


p/s: sampai sekarang, kalau aku nampak manik kira-kira ni, aku gelak haha



Thursday, January 17, 2013

Distance..



I didnt own this video, credit to the owner..




If you ask me how I'm doing?
I would say I'm doing just fine (^~^.)/


p/s: Am I a boomerang? No..I'm the Koala Bear..pfffttt =p
p/ss: project melukis kembali~..tapi brukband slow haha..nnt2 la aku post...






Sunday, January 13, 2013

...

Assalamualaikum..

Ape khabar semua?? Harap sihat2 la ek..emm dah makin slow mengupdate...nak post gambar pun dah susah (quota abis)...Lagi pun tak da benda yang menarik pun nak di postkan...emm...rutin harian membuatkan aku bosan..di tempat kerje sorang, di bilik pun roomate jarang ade..ujung minggu ajak kawan2 keluar, asik xjadi...nak melukis pun dah xda mood..mood...where are you?

Kalau masa study dulu, best la ade kawan, ada benda nak buat...sekarang..rutin...kalau aku bosan aku tepon ibu, sampai ibu pun tak tau nak story ape dah haha...ape ek hobi yang best nak di buat?? (emm aku tanya pun, korang xkan jawab~, kadang2 aku dah rase nak tutup je blog ni)...

Kawan aku pelik, aku jarang kelihatan bosan yang severe macam sekarang..die kata "Ai, dah abis stok cerita ke? ko jarang bosan..ade je cerita ko tgk.." huhu tu duluuu...sekarang ni susah dah nak download cerita...beli CD je..tu pun amek masa sebulan baru aku habiskan satu drama..dulu 3hari maraton tengok..sampai pergi kelas dah macam panda mate ni...i miss those time..(=,=.)v

Nak keluar ngan korang...jom la kuar...jom la.....aku harap korang bace post ni (mesti sebulan akan dtg baru korang bace, atau mungkin langsung tak bace..hurmm)...

p/s: sayonara~



Sunday, January 6, 2013

A Guy Who Didn't Give Up ^^

Assalamualaikum...

Ape khabar semua? hoho...hari ni aku nak tunjuk video yang sungguh osem~ untuk motivation jugak..hehe selamat menonton...dan bagi la pendapat korang...


I didnt own this video, credit to the owner~

Bagi aku, "Don't ever underestimate yourself..." (ayat lecturer aku dulu~)

p/s: yoishh..to my friends out there...dont give up in anything we do, we can do it...lets work hard hahaha hwaiting~



Saturday, January 5, 2013

Risaunya Seorang Ayah Part2

Assalamualaikum..

Ikutkan hati aku dah tak nak sambung post nih...aku ingat orang yang rapat ngan aku je yang bace..hoho aigoo~ mieza punyer pasai la nih haha...tapi aku dah siap lukis pun...post je la...

cerita sebelumnya di sini.

Ni la kali pertama aku keluarkan statement yang boleh buat aku nye heartbeat naik depan parent aku..haha..aku memang tak pernah cakap ape2 sebelum ni...tapi aku tak nak ayah aku risau, jadi...


Photobucket



Aku keluarkan statement yang xleh bla kan??(kepada secret admire..bapak perasan ekau nih~, jangan salah paham yer..haha ni hanyalah jawapan selamat.haha)...

Dan aku ingat setakat tu je respon ayah ibu...sangkaan aku meleset =p


Photobucket


Tu la..bagi lagi statement yang memang 'ganjil' dari mulut aku..hahaha habis bertalu2 soalan keluar..aku buat bodoh je..ayah n ibu di tinggalkan dengan penuh tanda tanya...
Seyesly, aku tak nak ayah risau..hahaha

Dan tentunya adik aku dua orang jadi mangsa..haha..

Photobucket


Deorang pun menghantar laporan kat aku...
Okeh..aku memang betoi2 cuak..haha

Photobucket


Selepas tu, family aku ade jumpe mieza (bestfwen aku) mase convo adik aku...tapi ayah senyap je..haha padahal die nak korek  banyak rahsia dari mieza tapi die tak tertanyakan hahaha...

Tu je la ceritenye haha...Ape-ape pun...jodoh itu rahsia Allah..dan bukan jodoh saje..kematian juga yer...jangan lupe...
Buat mase ni aku focus kat diri aku dulu (^~^.)/.. fikirkan sangat kang, aku leh jadi stress haha =p..dan selalu ingat..



A026

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.



  Jadi, kite kene perbaiki diri dulu...hwaiting~


p/s: tiap kali balik kampung aku avoid soklan2 cepuk emas nih..aku akan ubah topik hahaha..tapi dah berkurang la..bagus gak aku ckp mcm tu ri tu..haha ayah memang funny~ (^~^.)v

p/ss: mieza dan azni..sorry..watak korang xdapat dimasukkan kat cerita nih, sebab kalau masukkan, tu dah topik mendalam sangat hahaha =p

p/sss: ijat..jgn hampa sgt watak mieza xda hahaha =p

p/ssss: banyak pulak p/s. haha