Pages

Wednesday, February 8, 2012

Sem Akhir Startto~ ^^

Kereta aku dipecut selaju yang boleh ( laju manalah sangat kereta kancil aku tu kan....hehe), singgah di UIA Gombak hantar barang-barang adik aku, singgah solat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIA Gombak, dah lame aku jadi pelajar UIA, inilah kali pertama aku jejak kaki kat masjid ni...hehe (sesat nak cari pintu untuk female mulanye haha)...rehat sejam, aku terus perjalanan ke Kuantan dengan kawan aku sorang ni, (bertuah kau, tido sepanjang karak-gambang) haha dua tin nescafe aku minum...sebab semalam nye aku tido 3jam sahaja (tak boleh tido huhu)..Alhamdulillah 7jam perjalanan, sampai la aku kat UIA Kuantan...

Semester baru bermula, namun kelas mula pada hari Jumaat nanti...fuhh jangan ingat aku 'free'...huhu aku kena siapkan chapter 1 dan 2 untuk Thesis, dan aku juga dah mula 'data collection' untuk research aku...Alhamdulillah, setakat ni 'research flow' masih dalam 'track' lagi...hehe macam tu la sem-akhir aku ni bermula...hehe

UIA Kuantan terasa semakin panas...mungkin cuaca sekarang ini yang panas terik, tambah lagi banyak pembangunan yang giat dijalankan, (hospital dan kolej-kolej kediaman)...sedeh jugak, sebab dulu waktu aku dan kawan-kawan datang (first year) tempat ni, hijau je, dan banyak tempat-tempat yang biase lalu dah bertukar wajah....dah tak ade dah court tenis tepi mahalah, padang lama tepi masjid...laluan ke KOS dah berubah wajah...hoho...tapi ada kebaikan nye jugak kan? hehe...

Hari Jumaat ini jugak, baru nak buat perjumpaan dengan junior-junior course aku. Sebenarnye, dari sem lepas sepatutnye buat perjumpaan ni, budak-budak course lain semuanye dah buat, kami ni tertangguh-tangguh sehinggalah masuk sem baru, bukan ape nanti ramai yang tak tahu junior sendiri...( aku lagi la, susah nak ingat nama orang hehe)... jadi, Jumaat ni aku dan kawan-kawan cadang nak buat perjumpaan, walaupun agak sangat terlambat hehe tapi, terus terang aku cakap, yang aku tak tahu nak buat ape waktu perjumpaan tu nanti...haha~


 Azam untuk sem baru:

  • The best time management
  • Fanatically, die-hard-fan, crazily doing my research...fuyyyooo~ hehe
  • Pointer improvement
  • Enjoying the time with friends

( I didn't own this video, credit to the owner)



p/s: This song is for you (Yui-Goodbye Days)~
yes, you who still reading to this point...thank you~ wish you all the best~ (^~^.)/

2 comments:

Anonymous said...

All the best intan!!!...-dari glasgow- =)

Tantan^^ said...

Glasgow: TQ...all the best to you too...
(sape glasgow ni, mcm budak kelas aku je ni???)...