Pages

Sunday, January 29, 2012

Buku Yang Dipilih~

Semalam, penulis pergi ke Ipoh untuk membeli buku, maklumlah, dapat baucar buku hujung-hujung tahun pengajian ni, tak ada buku berkaitan pelajaran yang penulis nak beli, jadi penulis pun berhajat untuk beli buku-buku yang semestinya menjadi kegemaran penulis untuk baca. Semalam, penulis telah menghabiskan sejumlah RM116 untuk buku-buku yang dibeli di Mubaruk Bookstore di Ipoh.

Pada mulanya penulis mahu membeli buku di Popular yang terletak di Ipoh Parade, namun, di sebabkan semalam adalah hari Sabtu, cuti dan ramailah rakan-rakan yang memiliki baucar buku turut sama mencari buku, sampaikan penulis tidak jadi untuk membeli buku di Popular dan mengambil keputusan untuk terus menuju ke Mubaruk Bookstore yang ternyata kurang sedikit pelanggan di sana. (tentulah kurang , kerana di Mubaruk ni, banyak buku agama dari novel-novel english hehe)


Penulis selalu pergi membeli buku sebelum ini,  suasana yang sesak memang merimaskan, bak kata kawan-kawan penulis, "Popular ni dah macam Mydin, buku-buku bertaburan tak tersusun"

Antara buku yang di pilih untuk tebus baucar buku ...



Buku-buku ini adalah pilihan penulis...




Buku-buku ini pula pilihan Ikin dan Ibu...
(tentunya komik pilihan Ikin ish3x)


Sebelum ini penulis ada menyatakan hasrat untuk membeli buku sirah Nabi Muhammad s.a.w, namun buku tersebut tiada di Mubaruk ni, jadi penulis membeli buku, Khutbah Rasulullah; Wasiat Agung Buat Umat Tercinta. Hasil susunan Rohidzir Rais ini hanya berharga RM19.00 sahaja.


Buku seterusnya semestinya novel sejarah Islam, hasil karya Abdul Latip Talib ( penulis suka buat koleksi buku beliau hehe) Buku Imam Hanafi; Pendebat kebenaran dan Buku Umar Abdul Aziz; Bayangan Khalifah Ar-Rasyidin ...harga sebuah buku RM24.00




Buku kecil yang mempunyai banyak kata-kata hikmah,
hasil susunan Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni ini berharga RM4 sahaja...


Dan buku kecil ini, Manzil; Resam Uthmani , susunan ayat-ayat Al-Quran oleh Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria...(nak hafal, kene la amalkan hari-hari) hanya RM1.00 sahaja.


Banyak buku ni, kena ambil masa membacanya...

p/s: prektis ayat baku~...erkk lame dah tak tulis karangan~ haha

ade lagi RM100...nak beli buku ape pulak ek? hehe






2 comments:

quja said...

kdai popular cm mydin....cm knal je ayat kwn penulis ni..hek3...
nti nk tmpg pnjam...hehehe
rm100 g beli la buku kawen2 unk masa dpan....=)

Tantan^^ said...

quja : haha ayat sape la tu kan?haha no hal la, nak pinjam habaq mai ja, tapi novel tu ko dah abis bace ke pun? haha

rm100 lagi nampak gayenye, adik aku nak gune...beli stationery die~ hhoho