Pages

Sunday, February 24, 2013

(About me) Hadiah untuk Miera dan Senaskah Buku

Assalamualaikum..

Harap yang membaca semuanya sihat...bagi yang kurang sihat, syafakallah, syafakillah..makan ubat ye..hehe
Semalam aku keluar dengan kawan aku, Mijaa, Linda, Shasha dan Miera...tujuan keluar, nak kasi hadiah belated bufday miera yang ke 52 haha (15 Feb lalu)..Lokasi kat Midvelly, sebab dekat dengan rumah miera dan shasha...deorang kerja semalam...tapi aku paksa jugak datang lepas balik kerja...sebab nak kasi hadiah tu je..hehe

Sambil menunggu Miera dan shasha balik kerje, aku dengan mijaa lepak kat MPH...ramai orang! haha baru aku sedar, sekarang tengah musim baucar buku...seronok tengok mereka pilih buku, ambil je mane yang nak~ huhu aku masih memilih2 sambil tengok jugak harga..(maklum la, gaji tak masuk lagi)..jeles dengan adik2 yang ada baucar buku..hehe

Sebut pasal buku, sejak dua menjak ini, buku2 yang aku baca banyak yang berkisarkan motivasi cinta..owhhoo..sebelum ini aku lebih suka baca karya Abdul Latif Talib, buku tentang tokoh2 agama...hehe sekarang ni, bila aku masuk kedai buku dengan Mijaa, aku akan suruh die pilihkan buku untuk aku baca...hari tu Mijaa suruh aku baca buku "Kujemput Jodohku" oleh Fadhlan Al-Ikhwani...pada mulanya aku sangka buku ni, nak cerita skill2 nak ngorat..ehemm...hehe namun, bukan..buku ini memotivasikan hati yang lara...berkonsepkan La Tahzan kerana cinta..hehe.."buku ni sesuai untuk ko!" -Mijaa-..haha 
siape makan cili, terasa pedasnya..haha (monolog sendiri)

 photo DSC06370_zps97c6e2c4.jpg

Semalam Mijaa pilih buku Sebarkan CintaMu oleh Ustazah Fatimah Syarha untuk aku..tapi aku tak beli lagi..Inshaa Allah, ada duit lebih aku beli,.. sebab aku jumpa buku tentang cinta yang lain..buku yang penuh dengan ayat-ayat cinta dan motivasi merangkumi semuanya..buat peneman aku di office..hehe 
Ni dia....aku tak ada lagi yang bahasa melayu punya..hehe


 photo DSC07459_zps4d68620c.jpg


"Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat daripada al-Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu pada waktu kamu melakukanya. Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah, di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu, melainkan (semua tercatat) dalam Kitab yang nyata (Luh Mahfuz)." 
(Surah Yunus 10:61)




Saturday, February 23, 2013

(Nasyid) Berkorban Demi Cinta



Bermula gemilang cahaya 
Petunjuk pimpinan yang Esa 
Menempuh jalan hidup di dunia 
Cabaran yang silih berganti 
Dugaan mematangkan diri 
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta 
Suka dan duka suratanNya 
Mengenal makna jalan bahagia 
Masa yang silih berlalu 
Semakin hampir saat itu 
Ya Tuhan tunjukkan 
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan 
Namun bersyukur kurniaan Tuhan 
Iman di hati, sabar menjadi pemujuk diri 
DenganMu ku punyai segala  
Tak kan beruntung seisi dunia 
Limpah kurniakan petunjuk bantuan 
Tempuh hari yang mendatang

Semoga...
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi 
Setiap detik masa dalam amalan jua 
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui 
Cinta yang sejati 
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa 
Perisai menempuh pancaroba 
Penentu tempat rahmat bahagia 
Seiring teman dan saudara 
Pimpinan tauladan baginda 
Ya Tuhan bantulah 
Moga selamat selamanya.

.....

Assalamualaikum..
Maaf lama tak update..saya harap pembaca semua sihat-sihat belaka,..
sejak dua menjak ni, saya tak da mood nak melukis..hehe..dan hari-hari saya, sama saja..tak da yang menarik...
seakan di telan dalam rutin harian, jadi biasa..
post-post pun dah banyak simple je..
post kali ni pun..simple..
nasyid yang disampaikan oleh Hijjaz di atas ni, penuh makna..seringkali bila saya rasa saya kurang bersyukur, saya dengar nasyid ni, bila saya rase saya keseorangan, saya dengar nasyid ni dan bila saya sedih juga... nasyid ni mengingatkan saya..

"Allah ada, malah lebih dekat dari urat leher"
"...Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan" (Al-Hadid 57:4)
"...Dan Dia Maha Mengetahui segala isi hati."(Al-Hadid 57:6)

Kita sebagai manusia, banyak kekurangan, selalu lupa, lupa itu lupa ini...alpa..jika tanpa Allah, siapalah kita..
Iman pula seakan terumbang-ambing, terasa betapa payahnya bernafas sebagai hamba, doa dan muhasabah dirilah kamu sebelum tidur. (nasihat buat diri)


p/s: terima kasih kepada yang sudi menanti post di blog ini, saya sangat hargai..(^~^.)/









Wednesday, February 13, 2013

(Random) Sabar je la kan~

Assalamualaikum..

Ape korang rasa, kalau korang tengah duduk makan kat restoran..tetibe ade orang datang tegur..

Beliau:  Ape kabar sekarang?
Korang:  Kabo baik..
Beliau:  Eh..nampak susut sikit, diabetes ek?
Korang:  (Rase nak sembur bihun sup dan segala mak nenek yang ade dalam perut kat muka beliau) eh..tak ade la, sama je dari dulu pun...*sekadar berbasa-basi sahaja*




p/s: berbudi bahasalah di mana jua anda berada...huhu



Monday, February 11, 2013

(Song) Geudaega Bogopaseo




I didnt own this video, credit to the owner..


p/s: yonghwa..v(^~^.)v

Friday, February 8, 2013

Sejambak bunga Rose beb...

Assalamualaikum..

Hari ni hujan renyai-renyai je, dari aku (bace saya) bangun tido sampai la tengah hari..moga banyak berkat hujan hari Jumaat ni kan..hehe..

Sekarang ni tengah duk layan lagu country genre (ecelly aku memang suka lagu-lagu rentak macam ni) hehe..Little Things oleh One Direction...'boleh jadi cecair kalau dengar~' bak kata Arney (kawan aku)..hehe

Sebelah Office aku ada kedai bunga..emm selalu la nampak mamat2 gentleman beli bunga, tapi biasenye cina , india atau foreigner je..dengan kata lainnye, melayu tak pernah pun aku nampak..haha..

Tapi hari ni..dengan cuaca yang sejuk-sejuk ni..tetibe lalu satu couple kat depan office..yang keluar dari mulut aku.."sweet~" hehe..let me show you their picture..(agak macam ni la)..aku tak da smakphong nak tangkap gambaq..jadi lukis je la ek..hehe



 photo halalcouple_zps49149af6.jpg

kann~ btw, dah ade cincin okeyyy...mungkin bufday kakak ni kot..hehe...

okey...aku dah jadi cecair~ haha

p/s: arney, azni, miza, miera...sweetkan...erkk






Monday, February 4, 2013

Si Pemilik Hati



 photo sipemilikhati_zps663980c6.jpg

oleh Intan Amira yang sangat bosan di pejabat...hehe =p


p/s: Pujuklah dirimu dengan Iman, lawanlah dengan senyuman...(^~^.)/