Pages

Thursday, February 4, 2016

To whom this might concern: Life

To whom it may concern..

Life is changing all the time. Sometimes it's sad and sometimes it's fun. 
Live every moment to the fullest, because what is it here now, may not be here tomorrow..

Someone that really love you with all his or her heart, you should know, it is very hard to find.
If there is someone like that; He or she is the sweetest of all..

Take his or her hand in yours, because he or she might not be here tomorrow..
Remember, to live every moment to the fullest, because what is it here now, 
may.. not be here tomorrow.

When you notice someone in your eyes, and that make your heart go crazy too, you can try to act 'cool', but it will keep beating faster. So please think about that moment, because that feeling might not be there tomorrow.

If..

If someone love you, don't take for granted of his or her feeling. Because you can ask for his or her forgiveness, but he or she will never forget and the feeling will never be the same anymore. 

When you fall sick, remember this, there is someone who pray for your health, for your happiness; He or she might not show you, but his or her prayer will always be with you. 
So smile and live your life to the fullest.

Our life will eventually reach to the last chapter, treasure all the moment together.
Do all your best in everything, because you will never know, when you will never meet tomorrow..


From the person who always care for you..
till we meet again.


Wednesday, November 25, 2015

Tentang Diri

Assalamualaikum

Lama..tak menulis, harap semuanya sihat belaka, syafakillah syafakallah pada yang kurang sihat..semoga cepat sembuh.

Alhamdulillah masih bernyawa, masih diberi kesempatan untuk berkata-kata. Lama menyepi tanda sibuk dengan hal peribadi, jika dulu masa terluang lukisan yang terjadi, tapi kini masa di gunakan dengan penuh aktiviti.

Di tengah musim kesempitan ekonomi, aku juga tak lepas dari tempias yang diberi. 20 Jun, kerata baru dibeli jadi keperluan diri. Bagi menampung kos sara diri, perniagaan di mula harap membantu sana sini ( De Amira Enterprise, September 2015)

Aku juga manusia, ada naluri ada hati.
Dalam kepala banyak isi, harap hati tak banyak duri.

Aku punya jati diri, jika dibimbing bisa berbakti. Jangan cuba kau ubah sampai ku tak kenal diri sendiri.

Kadang di nasihatkan supaya tak memaksa diri, kerana hidup hanya sekali, nikmati selagi tak mati, tentunya dia sentiasa menanti.

Sumpah aku rindu, masa dulu usia meningkat dewasa, tapi sesungguhnya itu lah yang jauh, yang tak mungkin di rasa lagi.

Coretan sekali sekala.


Tuesday, August 11, 2015

Kerja Jauh-jauh

Assalamualaikum

Di meja makan.

Aku: Ibu ayah, along ada dapat panggilan interview untuk kerja, separuh gov..tapi..posting dekat Sabah atau Sarawak.

Ibu: ... (diam)

Ayah: Emm boleh la cuba, tapi bagi ayah, dah alang2 kamu nak pergi keje jauh, baik cuba apply pegi Arab terus..

Ibu: kerja macam tu dekat semenanjung ni tak da ke?

Aku: Tak da ibu..setakat ni kosong nya dekat Sabah atau Sarawak saje.

Ayah: Kamu buat la istikharah along..mudah2an dapat jawapan nya. Mana tau, pergi sana jumpa jodoh sana..hahaha.

Aku: erkkk..

Nyatanya, ibu nampak berat hati nak kasi..
Ayah sempoi saja.


p/s: perkara paling menggembirakan hati ialah, bila dapat bekerja dan tinggal bersama keluarga.



Wednesday, July 22, 2015

Tantan's events for 2015

Assalamualaikum

Events yang sudah/akan di sertai tak lama lagi..adeh..fitness kena naik balik ni

8 Mac 2015 Malaysia Women Marathon dekat Shah Alam 21km DONE

31 Mei 2015 TM Fan Run dekat Putrajaya  15km Marathon  DONE

16 Ogos 2015 RunWithUs dekat Putrajaya  12km Marathon

13 September  2015 FitMalaysia dekat Ipoh 10km Marathon

24 Oktober 2015 BSN Night Marathon dekat Putrajaya  21km Halfmarathon

29 November 2015 Larian Sultan Nazrin dekat Kuala Kangsar 15km Marathon

Nampak tue..tahun ni tahun Halfmarathon..cemon Tantan u can do it..

P/s: tengah single and available nih senang la nak join...hoho




Tuesday, July 21, 2015

Kisah Sehari Sebelum Raya

Assalamualaikum  

Ni cerita sehari sebelum raya pertama..

Mood rajin nak buat semua benda..

Puding koktail + Agar-agar + biskut Cornflakes +Kek coklat

Mula2  buat biskut Cornflakes . .sorang2 buat..asyik punyer buat tak perasan yang oven setting dia untuk panggang ayam..maka...hangus terbakar~bak kata kak Ziana


selama hari ni buat cornflakes  okey je..tah kenapa la jadi begini  

So teruskan mood dengan buat agar2..
Agar2 plak segan2 nak keras..edit resepi baru la menjadi..

Pastu buat kek coklat..okeh..kek coklat okey la..dah biasa buat..hehe

Mood dah mcm penat buat sorang2 semua benda..tapi xpe la..last nak buat puding koktail sebab orang surau nak datang takbir malam raya malam kang...



Siap pun puding koktail..dengan penuh teliti ikut sukatan..janji dia boleh mengeras..
bila dah sejuk saya mintak adik masukkan dalam peti ais..



Tercegat depan peti ais..tak terkata..haha

Orang kata " Jika benda tu memang di takdirkan milik kita, jalan mana pun tetap kita punya..tapi jika bukan milik kita, biar dalam gengaman pun terlepas jua"

Menguji kesabaran..terus masuk bilik, habiskan seJuzuk baru lega hati nih..haha

Akhir kata..
Selamat Hari Raya
Maaf zahir dan batin