Monday, December 31, 2012

2013 I, Me, Myself

Assalamualaikum..

Apa khabar pembace blog semua? harap sihat2 la ek...tinggal beberapa jam je lagi nak melangkah ke tahun baru..jadi macam biasa, tiap kali tahun baru, mesti ada azam tahun baru kan? hehe

1. Tahun 2013, aku nak focus kat diri aku...maksud aku,..ehem...belajar untuk menyayangi diri, perbaiki diri, dan pengurusan diri dipertingkatkan lagi.

2. Tahun 2013, mungkin lebih banyak perkara yang mencabar..aku harap aku dapat hadapi dengan baik.

3. Tahun 2013, aku nak sibukkan diri dengan perkara yang berfaedah, dan aku nak capai target mission aku bulan 8 nanti, In Shaa Allah.

4. Tahun 2013, I want to be happy and appreciate people who support me in everything. (^~^.)/

Ni antara azam aku, ada lagi, biarlah menjadi rahsia..hehe..kita hanya merancang, sungguh , Allah penentu yang terbaik.

p/s: tak ada mood nak melukis, huhu...
p/ss: planner 2013 tak beli lagi huhu...pitih oh pitih~





Sunday, December 30, 2012

Flashback

If you can turn back time, where or when you want it to be?

During my secondary school life during the cross-country run. erkk


p/s: Apa yang jauh dari kita adalah masa silam~



Wednesday, December 26, 2012

WW: Pecah Kaca Pecah Gelas ^^



Photobucket


p/s: petikan dari buku Tentang Cinta oleh Ust. Pahrol Mohd Juoi...



Tuesday, December 25, 2012

Manteraguru1 ^^

Assalamualaikum...

Aku pernah crite pasai manteraguru2 kan? haa~ sekarang ni aku nak crite pasai manteraguru yang nombor satu pulak..bukan aku yang kasi gelaran ni, tapi akak2 senior tempat training aku kasi name manteraguru kat auntie cleaner ni..

Boleh kata tiap2 hari aku nampak auntie ni menyapu, tapi tak ade sape pun hiraukan die, atau tegur die..aku pun pelik..

Auntie ni, salu pakai dress up yang agak same, legging steng (setengah) die dengan t-shirt atau blouse tiap2 hari..


Photobucket


Di sebabkan aku orang baru, jadi aku cuba bertegur sapa dengan auntie ni..ye la, bergossip dengan makcik cleaner memang best, kebanyakan rahsia tempat kerje deorang tau haha, lagipun aku kesian kat dia, tak da sape tegur ..so aku pun tegur la die, satu pagi tu...


Photobucket


Seyesly!!! muka die macam ni...
Macam ade aura scary kat belakang..haha


Photobucket

Lepas tu aku cerita la kat akak2 senior, deorang kate, deorang pun mane ade tegur auntie nie, deorang gelarkan auntie ni manteraguru, sebab ade aura dan kalau die nak sapu sampah, semua orang lari keluar dari bilik, walaupun doktor..hahaha


Photobucket

Dan yang tak leh blah..manteraguru1 nie pernah sound akak2 senior, die suruh akak2 senior jangan amek air sembahyang kat toilet, nanti basah (almaklumlah, deorang kan istinjak guna tisu je..), die suruh akak2 ni pegi semayang balik dari kerje je..erkk  die ingat kite sembahyang macam deorang sembahyang ke aper..hurm..

Tu la asal usul manteraguru1..haha...manteraguru2 pulak aku yang kasi gelaran, sebab watak meraka berdua ni nak dekat sama..haha

p/s: yeayy..berjaya upload gambar , walaupun quota dah nak abis...slow giler..haha =p



Sunday, December 23, 2012

Trouble~



I think, I think when it's all over,
It just comes back in flashes, you know?
It's like a kaleidoscope of memories.
It just all comes back. But he never does.
I think part of me knew the second I saw him that this would happen.
It's not really anything he said, or anything he did,
It was, the feeling that came along with it.
And, the crazy thing is I don't know if I'm ever gonna feel that way again.
But I don't know if I should.
I knew his world moved too fast, and burned too bright.
But I just thought, how can the devil be pulling you toward someone who looks so much like an angel when he smiles at you?
Maybe he knew that when he saw me.
I guess I just lost my balance.
I think that the worst part of it all wasn't losing him.
It was losing me.

Once upon a time a few mistakes ago
I was in your sights, you got me alone
You found me, you found me, you found me
I guess you didn't care, and I guess I liked that
And when I fell hard you took a step back
Without me, without me, without me

And he's long gone when he's next to me
And I realize the blame is on me

'Cause I knew you were trouble when you walked in
So shame on me now
Flew me to places I'd never been
'Til you put me down, oh
I knew you were trouble when you walked in
So shame on me now
Flew me to places I'd never been
Now I'm lying on the cold hard ground
Oh, oh, trouble, trouble, trouble
Oh, oh, trouble, trouble, trouble

No apologies, he'll never see you cry
Pretend he doesn't know that he's the reason why
You're drowning, you're drowning, you're drowning
Now I heard you moved on from whispers on the street
A new notch in your belt is all I'll ever be
And now I see, now I see, now I see

He was long gone when he met me
And I realize the joke is on me, hey!

I knew you were trouble when you walked in
So shame on me now
Flew me to places I'd never been
'Til you put me down, oh
I knew you were trouble when you walked in
So shame on me now
Flew me to places I'd never been
Now I'm lying on the cold hard ground
Oh, oh, trouble, trouble, trouble
Oh, oh, trouble, trouble, trouble

And the saddest fear comes creeping in
That you never loved me or her, or anyone, or anything, yeah

I knew you were trouble when you walked in
So shame on me now
Flew me to places I'd never been
'Til you put me down, oh
I knew you were trouble when you walked in
So shame on me now
Flew me to places I'd never been
Now I'm lying on the cold hard ground
Oh, oh, trouble, trouble, trouble
Oh, oh, trouble, trouble, trouble

I knew you were trouble when you walked in
Trouble, trouble, trouble
I knew you were trouble when you walked in
Trouble, trouble, trouble

I don't know if you know who you are until you lose who you are.

I didnt own this video, credit to the owner ^^,


Taylor Swift-I Knew You Were Trouble~



p/s: ohhh taylor ~(.^~^.)~



Friday, December 21, 2012

Ini Semua Sebab Durian!

Assalamualaikum..

Hari ni datang seorang uncle, yang dalam 50 lebih umurnya..emm dah lama aku tak mendengar keluhan atau luahan orang yang sakit ni, kalau dulu masa prektikal kat hospital memang selalu dengar, tapi sekarang kat tempat screening center memang jarang..

Jadi, cerita uncle ni..satu hari tu, dia makan pagi macam biasa, makan tengah hari dia makan durian banyak, durian semata-mata katanya, lepastu dia makan malam, makan mee dengan bir tiger ...erkk keesokan harinya dia sakit teruk, 100degree suhu badan, admit hospital terus, doktor tak nampak apa-apa masalah yang teruk kat dia, doktor cuma suggest dia buat blood glucose test, mungkin ada diabetes ..katanya..

Dia salahkan durian yang dia makan tengah hari tu, katanya dia selalu ke gym, i'm a healthy person..it all because of that durian..emm aku yang tercegat je depan die, dengar je la dari mula sampai habis die cerita...tapi dia betul-betul nampak tak sihat..hurm..


Photobucket
1st time lukis pakai 'mouse' erkk dan guna paint basic je hoho..huduhnye..haha =p


Moral of the story: -Jangan makan banyak sangat...tu bukan makan, tu mentekedarah namenye..
                              -Jangan minum arak ..(tentunya Haram buat yang Muslim)
                              -Jangan mencela makanan yang kita ambil, salahkan pemilihan atau diri kita sendiri yang
                               salah cara makan.


p/s: Take care of your health...please be healthy..I will also try my best..aja-aja hwaiting~



Thursday, December 20, 2012

Kasut Sukan Ungu ^^

Assalamualaikum...
Dah sebulan lebih cadangnye nak beli...tapi tak terbelikan lagi dek duit di perlukan untuk yang lebih penting...hoho
Sekarang tengah nekad...nak beli bulan depan la kot..bila gaji masuk..nak yang warna ungu..hehe..hari tu dah survey kat The Mall...tapi tak tau sampai bila sale diskaunnye..huhuhu
Aku patut ada sepasang...sebab sekarang aku tengah rajin nak berjogging..haha bukan senang nak tengok aku berjogging sebelum ni..hehe
Sebelum ni ade, tapi dah tak boleh pakai..dah buang..tu yang dah tak da tu...terpaksa la pinjam kasut adik yang longgar dan berbau 'harum' itu..erkk pengsan~



Photobucket

p/s: yoishh...masuk je gaji..aku nak cari sepasang..hehe hwaiting tantan! (^~^.)/



Monday, December 17, 2012

Padan Muka

Today, this is what I feel when I see the mirror...


Photobucket


hurmm...I need vacation...I want to clear my mind...I want to run as far as I can...if it can make me forget everything, if it can make me feel better...

p/s:  this year is full of tears...both...happy and sad...(i'm fine with it)



Thursday, December 13, 2012

Risaunya Seorang Ayah Part1

Photobucket


Begini agaknya ayah mendoakan untuk aku...baru-baru ini, ayah membuatkan aku goosebump~mane taknye...tak penah2 ayah sentuh bab ni...tibe2 saje...mungkin dek tiba nya giliran aku kot..erkkk

Rupa2nye , ayah sudah lama buat 'investigation' die melalui dua orang adik lelaki aku..sebelum ni, die siasat senyap2 je...

Photobucket

Sampai la, baru2 ni...aku dapat tahu bila ibu beritahu..yang ayah lagi risau dari ibu sendiri...okehhh..sebelum ini ibu yang byk duk korek rahsia aku, tapi bila ayah pulak..memang seram aku...haha


Photobucket

Minggu selepas aku dapat tahu tentang kerisauan ayah, ayah tanya direct kat aku...erkk siap nak 'adjust' untuk aku....



Photobucket


bersambung...



p/s: lepas tu, jawapan aku memang tak boleh bla...



Wednesday, December 12, 2012

Kaki Yang Berjalan...

Aku selalu nampak dia berjalan kaki..hampir 20 kali lalu di hadapan kedai aku....sudah hampir dua bulan , tiap-tiap hari dia lalu ...bila aku nampak dia, aku insaf, dia boleh pusing satu bandar ni banyak kali...kagum...

Ingin sahaja aku menegur dia, bertanyakan kenapa, bagaimana,?? namun tak pernah kaki mampu melangkah mendekatinya...

Sudah 2 minggu tidak kelihatan...mungkin dia berjalan di tempat lain...



Photobucket

salah satu cara rehab...mungkin...

Bila nikmat yang Allah beri di tarik..tika itu barulah terasa...
syukur...


p/s: yoshh... banyakkan berjalan (^~^.)/



Mahar Cinta


I didn't own this video, credit to the owner...


p/s: kiranya engkau bisa mentafsirkan...



Thursday, December 6, 2012

Perang...

Berperang dengan perasaan....



Wednesday, December 5, 2012

Najis Berat

Assalamualaikum..

Musim hujan lebat petang-petang sekarang ni, memang aku aplikasikan peribahasa ' Sediakan Payung Sebelum Hujan'. Semalam aku balik kerje, hujan baru mula, selebat-lebat nye...angin pun kuat, walaupun rumah aku hanya 10min jalan kaki, tapi kalau hujan lebat memang lenjun la...hati-hati la ek, untuk sape-sape yang drive dalam hujan petang2 ni, aku doakan korang selamat...

Emm..payung ada pun tak mampu menghalang badan kena tempias hujan lebat. Lenjun.
Sepanjang pejalanan pulang aku lalu di hadapan kedai haiwan, ye, kat kawasan ni banyak kedai haiwan..kedai-kedai ni kasi makanan free kat depan kedai deorang untuk haiwan-haiwan yang berkeliaran...erkk..okey, aku pun tak kisah la...

Tapi semalam hujan, bila aku lalu depan kedai tu ada dua ekor anjing (tentunya basah dek hujan lebat)...

Dalam kepala aku...'oh no...habis la aku...nak lalu macam mane ni??? sekali die kibas2 air kat badan die, kang tak pasai2 aku kene cari tanah kang'

"Ya Allah, biar la aku jalan dulu, baru la anjing ni kibas2"
hehe..

Alhamdulillah, lepas je aku lalu sebelah dua ekor anjing ni, dua2 kibas2 air kat badan yang basah tu...erkk nasib baik la...kalau tak ade yang kene mandi air mutlak 7 kali dengan sekali air tanah hahaha...



najis berat

Pagi ni aku bukak kedai pun nampak lagi anjing dua ekor depan kedai aku...erkk nasib baik ade payung pink haha..aku halau anjing2 ni..hehe

untuk lebih ingat ...

PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH / MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE

   Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.
   
Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut :

a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.

b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.

      Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al- Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : “Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”. Erti qirot hanya Allah sahaja yang mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.

sumber dari: http://www.jais.gov.my/rnd/2010/mei/MaklumbalasTheStar.pdf

p/s: kat sini banyak anjing bekeliaran huhu...selalunye tempat tinggal aku banyak kucing je...sekarang ni anjing susah la sikit...tu la salah satu function payung aku pegang tiap pagi..hoho



 


WW: Sabar...




sabar

p/s: La Tahzan...



Saturday, December 1, 2012

Travel

Assalamualaikum,

Dah dekat sepuluh kali aku taip kat post ni...tapi separuh jalan aku delete balik...mood ada tapi hilang tengah jalan hurmm...

Minggu ni aku berjalan lagi, cume dengan saki baki duit gaji yang ade kat dalam bank tu yang mampu bayar tambang bas pergi je, kalau mase balik nanti tak masuk lagi gaji aku, aku kene amek upah basuh pinggan kat kedai makan la jawab nye...

Jadi minggu ni (hari ni sabtu malam), aku beli tiket untuk ke Terengganu, adik aku convo, sedihnye aku tak dapat cuti sebab cuti bulan Disember ni di beku kan...ciss...jadi pergi Ganu malam hari sabtu, sampai subuh ahad, naik bus balik sampai KL mungkin subuh Isnin, terus masuk kerje...deabakk bukan??? haha demi adik, nak tunjuk yang aku ni kakak yang supportive la kunun...kahkahkah

Minggu lepas dan minggu sebelum nye, aku balik kampung kat Johor. Memang cuti-cuti Malaysia la aku ni...cuti hari ahad je, tapi berjalan tak hengat punyer...

Minggu depan jadual aku, ke Melaka pulak...kawan2 sekolah dulu ajak gather2...ekk...bila lah aku boleh menabung dengan aman...ish3...

Minggu depan nye lagi aku nak balik hometown plak...tak kire...haha...

p/s: Bercuti hari ahad secuti2nya...hehe